SOALAN
SAYA lelaki berusia 30 tahun dan menjalin hubungan dengan wanita berusia 38 tahun. Masalahnya, dia isteri orang. Kami terlalu kerap terlanjur tanpa diketahui suaminya.
Suami wanita itu penagih dadah dan dia tidak sanggup lagi hidup dengannya. Kekasih saya memang ingin bercerai, tetapi suaminya enggan melepaskannya, begitu juga dengan keluarganya.
Teman wanita saya pernah menyatakan hasrat untuk hidup bersama saya. Malah, dia juga pernah memikirkan untuk berjumpa bomoh atau meracun suaminya, asalkan dia dilepaskan berikutan tidak tahan lagi hidup bersuamikan penagih dadah.
Saya menghalangnya berbuat demikian, namun tanpa pengetahuan saya dia berjumpa bomoh untuk melaksanakan keinginannya. Atas rasa tanggung jawab, saya memberitahu suaminya mengenai perkara itu
Akibatnya teman wanita saya dipaksa suaminya berhenti kerja dan dihantar ke kampung. Saya keliru dan serba salah. Adakah perbuatan saya betul atau kejamkah saya kerana berbuat demikian hingga menyebabkan teman wanita saya dalam kesusahan?
Kini, saya sering menangis dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerja. Saya juga terfikir untuk membunuh diri kerana hampir tiga bulan saya tidak mendengar khabar berita daripada kekasih saya.
Baru-baru ini saya mengalami kemalangan jalan raya yang hampir meragut nyawa saya. Mujur usia saya masih panjang. Kini saya tidak tahu apa patut saya lakukan. Saya selalu teringatkan kekasih saya.
Saya terpaksa korbankan kebahagiaan saya kerana tidak mahu dia terus melakukan dosa ketika bersama saya tanpa ikatan sah di sisi agama. Saya sanggup berkorban biarpun dia menganggap saya kejam dan mengkhianati cinta kami.
JEJAKA RUNSING
Kuala Lumpur
DOSA YANG AMAT SANGAT WOI TIDURI ISTERI ORG, BIAR PUN SUAMI PENAGIH TAPI DIA TETAP ISTERI. KALU ORG BUAT GITU KAT ISTERI KAU CAM MANA KAU RASA? LAGI PUN AKU RASA KAU TAK PATUT JUGAK JALIN HUBUNGAN NGN ISTERI ORG TU, COZ DENGAN SUAMI DIA, DIA LEH MAIN NGN KO, DENGAN KO NANTI ORG LAIN PULAK.
JAWAPAN
Ya, mungkin saudara kejam kerana mengkhianati cinta saudara bersama kekasih, tapi bersyukurlah kerana saudara tidak kejam dan zalim kepada diri sendiri.
Di dalam al-Quran, berulang kali Allah mengatakan sesungguhnya manusia suka menzalimi dirinya sendiri. Apakah maksud kenyataan ini? Bukan susah untuk memahaminya. Ia merujuk kepada kedegilan manusia yang melakukan perbuatan dilarang Allah.
Maksudnya, kita tahu perkara itu Allah larang, tapi kita masih buat juga. Contohnya dapat dilihat hari ini. Antaranya membuka aurat, bergaul bebas di kalangan bukan muhrim, minum arak, berzina dan banyak lagi.
Bila kita melakukan perbuatan dilarang Allah, tentu kita akan mendapat hukuman daripada Allah, sama ada di dunia atau akhirat dan yang pasti, balasan di akhirat teramat azab serta sukar diperikan.
Ini kita semua tahu, tapi kita degil. Kita buat juga apa yang Allah larang. Jadi, itu bermakna kita seolah-olah bersedia atau merelakan diri untuk menerima azab Allah di akhirat. Inilah maksudnya apabila Allah mengatakan manusia suka menzalimi dirinya sendiri.
Dang Setia membangkitkan hal ini kerana mahu saudara menginsafi kesilapan dan keterlanjuran saudara serta bertaubat untuk tidak mengulanginya.
Saudara melakukan dosa yang sangat besar apabila berzina dengan isteri orang. Tidak kiralah suaminya penagih dadah, perompak atau sebagainya. Yang pasti, wanita itu bersuami dan saudara tiada hak menidurinya.
Masalah suaminya penagih dadah dan dia tidak bahagia hidup dengan suaminya, itu soal lain. Ada cara lain yang sepatutnya kekasih saudara lakukan untuk selesaikan masalah itu, bukan menjalin hubungan cinta serta berzina dengan saudara.
Amat nyata dinyatakan Allah di dalam al-Quran bahawa hukuman Allah terhadap umat Islam yang berzina dengan isteri atau suami orang ialah direjam sehingga mati.
Kejam? Ya, memang kejam kerana falsafah undang-undang Islam ialah memberi hukuman kepada pesalah dan pada masa sama memberi pengajaran atau menakutkan orang lain supaya tidak mengulangi kesalahan serupa.
Justeru, mengikut hukum Islam, itulah balasan yang sepatutnya saudara terima. Jika ia tidak menjadi kenyataan ketika saudara hidup di dunia, akan ada balasan setimpal daripada Allah sama ada di alam barzakh atau alam akhirat.
Jadi, sekarang Dang Setia mahu saudara fikir, mana lebih utama — melayan perasaan rindu dan cinta mendalam terhadap kekasih saudara yang juga isteri orang atau bertaubat nasuha serta melipatgandakan ibadat, mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa saudara?
Dang Setia yakin saudara tahu apa jawapannya. Jadi, mulakan usaha ke arah itu. Sedarilah, tangisan rindu saudara terhadap kekasih Allah tidak akan menyelamatkan saudara tetapi tangisan insaf dan taubat saudara kepada Allah mampu melepaskan saudara daripada azab-Nya.
Percayalah... Allah sayangkan saudara. Dipanjangkan umur saudara biarpun kemalangan supaya saudara masih ada masa untuk bertaubat kepada-Nya.
Disuntik-Nya kesedaran di dalam diri saudara supaya tidak bersubahat dengan kekasih untuk berjumpa bomoh dan meracun suaminya. Sebaliknya, Allah beri kekuatan kepada saudara untuk menceritakan hal itu kepada suaminya.
Diberi juga kekuatan supaya saudara sanggup berpisah dengan kekasih bagi mengelak terus berzina. Justeru, teruskan perjuangan saudara. Jangan sekali-kali terfikir untuk membunuh diri kerana itu hasutan syaitan untuk menyesatkan saudara.
Ketahuilah, membunuh diri tidak akan menyelesaikan masalah saudara, sebaliknya menyebabkan saudara lebih bermasalah. Ini kerana, umat Islam yang membunuh diri dianggap Allah mati sebagai orang kafir dan tidak berpeluang masuk ke syurga di akhirat.
Tuesday, July 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment