Dang Setia sebenarnya sedikit keliru dengan situasi saudari. Kekasih saudari memaksa saudari mengaku ada hubungan dan berzina dengan lelaki lain, tapi saudari enggan kerana tidak melakukan perbuatan itu.
Disebabkan keengganan itu, dia mengugut akan mengedar VCD lucah saudari. Itu yang saudari takutkan sekarang.
Soalan Dang Setia, katakanlah saudari mengaku melakukan hubungan dengan lelaki lain, apa agaknya tindakan teman lelaki saudari?
Adakah dia benar-benar tidak akan mengedar VCD lucah saudari? Adakah pengakuan saudari akan menyebabkan dia memutuskan hubungan dengan saudari? Apa yang ingin Dang Setia tekankan sebenarnya ialah mengenai niat dan keikhlasan kekasih saudari.
Ini kerana, jauh di sudut hati Dang Setia berpendapat apa dilakukannya semata-mata untuk memutuskan hubungan dengan saudari dalam situasi seolah-olah saudari yang bersalah, bukan dirinya.
Dang Setia berharap telahan ini benar. Jika begitu, Dang Setia nasihatkan saudari putuskan saja hubungan dengannya.
Jika tindakan mengaku saudari ada hubungan lain mampu mengelakkan diri saudari diaibkan dan membolehkan saudari berpisah dengannya, mengapa itu tidak saudari lakukan?
Bagi Dang Setia, teman lelaki yang baik tidak akan:
Oleh itu, bukalah mata dan minda saudari. Tak salah bercinta, tapi jaga batasnya. Tak salah juga mengasihi seseorang, tapi biarlah orang itu layak dikasihi. Mengapa perlu kita mengasihi orang yang tergamak mengaibkan kita? Akhir sekali, Dang Setia cadangkan saudari berterus terang dengan kekasih. Jika dia tidak cintakan saudari lagi, putuskan hubungan dengan cara baik dan saudari sedia menerima hakikat itu. Jika dia masih main kasar dan berterusan ingin mengaibkan saudari, ada baiknya saudari membuat laporan polis dan memastikan dia menerima tindakan sewajarnya. Tindakan itu mungkin menyebabkan saudari turut mendapat malu, namun bagi Dang Setia perlu ada pengorbanan dalam keadaan ini untuk mengelak diri kita diperkotak-katikkan. Ini kerana kebelakangan ini banyak berlaku kejadian teman lelaki aau bekas suami mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita. Mereka mengugut pasangan masing-masing bagi mencapai keinginan mereka dengan cara mudah dan pastikan ini tidak berlaku pada diri saudari. |
No comments:
Post a Comment