Pukul sebelum buat hubungan seks
PAKA - Demi cinta kepada si jejaka, seorang gadis sanggup membiarkan dirinya dipukul sehingga mendatangkan kecederaan pada tubuh badannya.
Tidak cukup dengan itu, gadis berasal dari kawasan Tanah Rancangan Felda itu juga membiarkan rambutnya hampir dibotakkan lelaki dikasihinya.
Kejadian dipercayai berlaku ketika gadis yang baru menjangkau 21 tahun itu dikatakan baru berhenti kerja di salah sebuah restoran di pekan ini lalu berkenalan dengan seorang lelaki sebelum mengikutnya pulang bermalam di rumah buah hatinya itu.
Setelah beberapa malam tidur bersama di rumah lelaki berasal dari kampung berdekatan yang turut diketahui ahli keluarga lelaki terbabit, penduduk tempatan dikatakan tidak senang dengan situasi itu akhirnya menghubungi pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Selepas tangkapan dibuat ketika pasangan itu tidur bersama di sebuah bilik di rumahnya, rahsia kes penderaan gadis terbabit akhirnya terbongkar apabila anggota Penguat kuasa Syariah terpandang beberapa kesan lebam pada bahagian badan dipercayai akibat dipukul lelaki yang bekerja sendiri itu.
Setelah soal siasat dilakukan, gadis berasal dari Felda Kerteh 3 itu akhirnya membuat pengakuan dipukul beberapa kali oleh teman lelakinya yang dikatakan panas baran.
Difahamkan, gadis yang pernah bekerja sebagai pelayan restoran itu akan dipukul terlebih dahulu oleh teman lelakinya sebelum melakukan hubungan seks yang didakwanya menjadi rutin hariannya sewaktu tinggal bersama pasangannya yang sudah ditinggalkan isterinya kerana tidak tahan dengan sikap buruk suaminya itu.
Walaupun disarankan supaya membuat laporan polis namun demi cintanya pada lelaki yang mungkin hebat bagi gadis bertubuh molek itu, dia enggan berbuat demikian kerana takut tindakan undang-undang akan diambil terhadap lelaki itu.
Bagaimanapun, pasangan berkenaan tetap berdepan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 kerana kesalahan khalwat dan jika sabit kesalahan akan dijatuhkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Wednesday, July 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment