Wednesday, July 22, 2009

PETIKAN BERITA KEJAHUN AKHLAK MELAYU

Lelaki paksa budak lakukan seks oral dicekup

KAJANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dipaksa melakukan seks oral oleh dua lelaki yang baru dikenali beberapa bulan lalu.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari Ahad lalu apabila mangsa yang masih bersekolah dipercayai diajak dua lelaki berkenaan menaiki kereta dengan alasan untuk dibawa berjalan-jalan.

Menurutnya, suspek membawa mangsa meninggalkan kawasan rumahnya di Bandar Baru Bangi di sini sebelum bersiar-siar di sekitar Semenyih.

“Tidak berapa lama kemudian, seorang daripada suspek yang berusia 20-an mengarahkan mangsa menghisap kemaluannya di dalam kereta terbabit.

“Pada mulanya mangsa enggan akur terhadap arahan suspek, namun lelaki berkenaan mengugut tidak akan menghantar mangsa pulang ke rumah semula sekiranya berdegil tidak mahu mematuhi arahan itu,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang ketakutan kemudian terpaksa akur dengan arahan berkenaan sebelum melakukan seks oral.

“Mangsa kemudian dihantar pulang suspek ke kawasan rumahnya semula sebelum dia menceritakan kejadian terbabit kepada bapanya.

Bapa mangsa yang terkejut dengan kejadian itu segera membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang,” katanya.

Menurutnya, polis kemudian menjalankan siasatan sebelum memberkas suspek kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Shakarudin Che Mood, yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan suspek kini ditahan reman mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan.




Derita pewaris saka



AYER HITAM: Seorang remaja perempuan bukan saja menderita kerana dikatakan mewarisi saka ibunya, malah lebih teruk apabila mendakwa dirogol bapa kandungnya ketika dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Peristiwa hitam itu berlaku ketika mangsa berusia belasan tahun, dikatakan sering meracau setiap beberapa minit kerana tidak tahan menanggung sengsara dan kesakitan apabila saka berkenaan cuba menyerap masuk ke dalam tubuhnya.

Kejadian sejak dua tahun lalu itu menyebabkan ibu mangsa berusaha mendapatkan rawatan bagi memulihkan penyakit `misteri' dihidapi anaknya itu.

Difahamkan, ibu mangsa berusia awal 40-an, menerima ilmu saka yang diwarisi sejak turun temurun itu.

Menceritakan kejadian itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Amirah, 20, dan sedang menjalani kursus sebagai jurujual syarikat jualan langsung, terpaksa berehat sementara bagi memulihkan penyakitnya itu.

“Saya tidak dapat menumpukan perhatian kepada kursus kerana sering meracau sehingga menakutkan rakan.

“Selama ini, saya tidak tahu ibu mewarisi ilmu saka daripada arwah nenek dan menyedari terkena selepas sering meracau tidak tentu masa.

“Melihat perubahan diri membuatkan saya tertanya-tanya apa yang terjadi kepada saya dan ibu menerangkan ilmu sakanya sudah diturunkan kepada saya,” katanya.

Dia yang juga anak tunggal berkata, selepas mewarisi ilmu saka sejak dua tahun lalu, perubahan dirinya begitu ketara sehingga membuatkan ibunya mengambil keputusan mengubatinya.

“Lebih mendukacitakan apabila bapa yang selama ini menjaga saya sejak kecil sanggup menodai saya ketika tidak sedarkan diri akibat ilmu saka itu meresapi tubuh saya.

“Saya tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan keadaan diri yang lemah.

“Saya kecewa dengan sikap bapa kerana dia tidak menggalakkan ibu mengubati penyakit saya, malah berkata ‘tak payah berubat, lebih baik hang mampus,” katanya.

Menurut mangsa, bapanya yang berusia 45 tahun memarahi ibu setiap kali mahu mendapatkan rawatan sama ada di hospital atau tradisional.

“Saya tidak boleh melihat muka bapa kerana akan menjerit seolah-olah saka yang meresap masuk ke dalam badan saya marah akan perbuatannya itu,” katanya.

Amirah yang masih menderita akibat perbuatan bapanya berkata, dengan bantuan ahli keluarga dia mendapatkan rawatan tradisional bagi membuang ilmu saka itu.

Pengamal perubatan tradisional, Fadzil Othman, 46, berkata mangsa mengalami trauma teruk kerana terpaksa menghadapi dua kejadian dalam satu masa iaitu ilmu saka serta dirogol bapa kandungnya sendiri.

Fadzil yang membahasakan dirinya sebagai Pak Tam berkata, dia menggunakan kepakarannya bagi mengubati penyakit Amirah.

“Setiap kali merawat Amirah, dia menjerit kerana saka yang berada dalam badannya tidak mahu melepaskannya.

“Insya-Allah dengan pertolongan Tuhan, penyakit Amirah akan cepat sembuh. Ini bukan kejadian pertama, saya sudah mengubati lebih lima pesakit seumpama itu dan bersyukur kerana berjaya membantu mereka,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria ketika dihubungi berkata, Islam mengharamkan ilmu saka yang diamalkan masyarakat pada hari ini.

Katanya, perbuatan itu menjejaskan akidah seseorang itu kerana menggunakan jin untuk perubatan tidak kira sama ada untuk kebaikan mahupun keburukan.

“Islam agama yang sempurna, lengkap dan tidak perlu lagi untuk kita bergantung kepada kuasa jin bagi mengubati sebarang penyakit. Oleh itu jauhi segala kepercayaan khurafat itu dan mengamalkan ajaran Islam sebenarnya,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai perlu meningkatkan keimanan selain tidak meninggalkan rukun Islam supaya akidah mereka tidak mudah dipesongkan.



Memadu asmara dalam kelas


SETIU: Tindakan sepasang kekasih muda yang masih menuntut di sebuah sekolah menengah di sini, yang menjadikan sebuah kelas sekolah berkenaan sebagai tempat memadu asmara ketika cuti umum persekolahan kelmarin terbongkar apabila ibu pasangan remaja wanita itu membuat aduan polis, semalam.

Remaja wanita berusia 13 tahun itu kini sudah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Laporan perubatan remaja wanita itu dipercayai menjadi elemen penting bagi menentukan sama ada kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol atau sebaliknya.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Sheikh Othman Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan memberitahu sudah menahan pasangan lelaki remaja berkenaan bagi membantu siasatan.

“Satu laporan diterima di Balai Polis Permaisuri kira-kira jam 2 pagi semalam daripada seorang wanita dipercayai ibu mangsa dan polis yang menerima maklumat segera menghantarnya mendapatkan rawatan. Siasatan masih pada peringkat awal,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Harian Metro difahamkan, pasangan itu dikatakan membuat temu janji sebelum bertemu di sekolah berkenaan tanpa disedari kerana kebanyakan pelajar dan penghuni asrama tiada.







Didakwa rogol pelajar

SHAH ALAM: Seorang pembantu juruteknik dituduh merogol seorang pelajar berusia 15 tahun di bilik hotel, tepi jalan dan di dalam ladang kelapa sawit di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Eddie Jamaluddin, 27, dari Sabak Bernam yang ditangkap 14 Julai lalu, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Pendakwan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Maisarah Kamal di hadapan Datuk Anita Harun. Tertuduh diwakili peguam M Saravanan.

Bagi semua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat jika disabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis sebulan sekali serta tidak boleh mengganggu mangsa.

Mahkamah juga menetapkan 9 September depan untuk sebutan semula.





Rakam aksi kakak mandi

KUALA LUMPUR: Seorang adik sanggup merakam gambar bogel kakaknya yang sedang mandi secara sembunyi sebelum dimuat turun dalam komputer tanpa diketahui niat sebenar perbuatan itu, Sabtu lalu.

Sebelum itu, adik lelaki mangsa berusia 22 tahun dan tidak bekerja dikatakan meminjam komputer riba kakaknya, kira-kira jam 8 malam.

Mangsa berusia 26 tahun dan kakitangan kerajaan itu dikatakan tinggal bersama adiknya di Sentul.

Sumber polis berkata, mangsa hanya menyedari aksi bogelnya ketika mandi dirakam selepas mengambil semula komputer riba yang dipinjam adiknya itu.

“Mangsa mendakwa sebelum kejadian hanya dia dan adiknya berada di rumah mereka yang menjadi lokasi insiden rakaman tanpa izin itu.

“Mangsa yang ketika itu keletihan pergi mandi tanpa menyedari perbuatannya itu dirakam adiknya,” katanya.

Sebaik selesai mandi, mangsa mendapatkan kembali komputer riba yang dipinjam adiknya sebelum ini.

Ketika mangsa membuka komputer itu, dia mendapati skrin tertera fail dengan format 3gp sebelum membukanya.

“Mangsa terkedu sebaik mendapati klip wanita bogel dalam tempoh tiga minit adalah dirinya dan selepas melakukan pemeriksaan, mangsa mendapati klip itu dirakam pada hari adiknya berada di rumah.

“Klip video itu jelas memaparkan keadaan mangsa berbogel,” katanya.

Mangsa kemudian mengesyaki rakaman itu dilakukan adiknya sendiri sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Brickfields.







INI LAH MORAL ORANG MELAYU SEKARANG, BETAPA AKU TAKUT RAKYAT KITA DIJAJAH SEMUA. TIADA LAGI KEKUATAN YANG UNTUH DALAM BANGSA KITA, BANGSA LAIN TENGAH KETAWA DENGAN BANGSA KITA..... YA ALLAH SELAMATKAN LAH BANGSAKU.


No comments:

Post a Comment