Wednesday, July 22, 2009

petikan dari sinar harian

Pukul, ugut isteri kerana dadah

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki sanggup menganiaya isteri sendiri dengan mengugut dan memukul wanita itu sehingga cedera pada bahagian belakang.

Semua perlakuan kejam itu dilakukan hanya kerana isterinya, 35 tahun, tidak mempunyai wang untuk diberikan kepada lelaki dipercayai penagih dadah, sebagaimana diminta.

Kejadian malang berkenaan dilaporkan berlaku kira-kira jam 3 petang, Ahad lalu di rumah mereka di Kampung Padang Terik, Marang ketika mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci baru pulang dari kerja.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri berkata, sebaik tiba di rumah, suami mangsa yang juga suspek telah me�nunggu wanita itu di depan rumah.

“Suspek berumur 41 tahun kemudian meminta sejumlah wang daripada isterinya namun dia tidak dapat memenuhi kehendak suaminya kerana tidak mempunyai wang,” katanya, semalam.

Menurutnya, marah dengan kegagalan mangsa memberikannya wang, suspek kemudian bertindak memukul isterinya dengan tangan sehingga cedera dan lebam pada belakang badan selain mengugut wanita terbabit.

“Mangsa mendakwa kejadian sama kerap berlaku sebelum ini dan kerana tidak tahan, wanita mempunyai empat anak berumur antara 18 hingga 5 tahun itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Daerah Marang.

“Sebaik mengetahui isterinya membuat laporan polis, suspek telah melarikan diri dan polis kini giat mengesan lelaki itu bagi membantu siasatan,” katanya.

No comments:

Post a Comment